Penerima vaksin hadir di pusat pemberian vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam yang dibuka semula setelah ditutup sehari berikutan penularan kes Covid-19 dalam kalangan petugas ketika tinjauan pada 14 Julai 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGOR KINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Vaksin tanpa janji temu di sembilan PPV mulai esok

SHAH ALAM, 1 OGOS: Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) dipilih untuk memberi suntikan tanpa janji temu kepada penduduk Lembang Klang bermula esok.

PPV berkenaan termasuk Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (HCO F, G dan H), Pusat Konvensyen Bangi Avenue, Hotel Wyndham Klang dan Dewan Tun Razak Sabak Bernam.

Turut dibenarkan ialah Dewan Komuniti Serendah, Hotel Movenpick & Pusat Konvensyen KLIA Sepang dan Pusat Konvensyen Ideal Shah Alam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19, individu berusia 40 tahun ke atas atau golongan komorbid boleh mendapat suntikan antara 2 hingga 4 Ogos.

Sementara giliran bagi individu berusia 18 tahun ke atas antara 5 hingga 22 Ogos.

Bagi bukan warganegara berusia 40 tahun ke atas, mereka boleh mendapat suntikan antara 9 hingga 11 Ogos, manakala 18 tahun ke atas antara 12 hingga 22 Ogos di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Penerima perlu menunjukkan bukti menetap di Lembah Klang selain membawa surat doktor untuk pengesahan kesihatan bagi golongan komorbid.

Semalam, Menteri Sains Khairy Jamaluddin berkata pemberian vaksin tanpa janji temu mengikut konsep ‘datang awal dilayani dahulu’ bergantung kepada kapasiti PPV.


Pengarang :