ADN Ijok, Dr. Idris Ahmad meninjau program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti Dun Ijok di Dewan Besar Yuk Chih Bistari Jaya, Kuala Selangor pada 7 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Wakil rakyat Ijok agih lebih 7,000 pek makanan, ringan beban penduduk

BESTARI JAYA, 8 OGOS: Lebih 7,000 bakul makanan diagih kepada penduduk Ijok yang terkesan sejak pandemik Covid-19 melanda negara, kata wakil rakyatnya.

Menurut Dr Idris Ahmad jumlah itu tidak termasuk bantuan kepada mereka yang dikenakan kuarantin.

“Semua penerima merupakan individu terjejas wabak antaranya kehilangan kerja serta pendapatan berkurangan.

“Untuk bantuan kuarantin pula, bermula awal tahun lalu sehingga sekarang hampir setiap hari kita edarkan 10 ke 15 bakul,” katanya ketika ditemui di Program Selangor Vaksin (Selvax) Komuniti di Dewan Besar Yuk Chih di sini semalam.

Dr Idris berkata bantuan berkenaan disalurkan kepada penghulu dan ketua kampung supaya sampai kepada golongan sasar.

“Tindakan ini dapat memastikan tiada penduduk terputus bekalan makanan. Ketua kampung dan penghulu lebih kenal penduduk susah di kampung masing-masing,” katanya.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan bantuan tambahan RM50,000 setiap DUN bagu menjayakan Program Bakul Makanan menerusi Pakej Kita Selangor 2.0.


Pengarang :