Fahmi Fadzil (kanan) menyerahkan sumbangan mesin penumpu oksigen kepada Profesor Dr Nazirah Hasnan di PPUM, Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2021. Foto Twitter Fahmi Fadzil
AGENDANASIONAL

Wakil rakyat Lembah Pantai sumbang 10 mesin oksigen kepada PPUM

SHAH ALAM, 27 OGOS: Ahli parlimen Lembah Pantai menyumbang 10 mesin penumpu oksigen kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) hari ini.

Fahmi Fadzil berkata sumbangan berjumlah RM38,000 kepada Pengarah PPUM Profesor Dr Nazirah Hasnan hasil kutipan dana bersama pihak lain.

“Ini dapat membantu pesakit Covid-19 yang sukar bernafas. Terima kasih kepada semua yang membantu mengumpul dana ini,” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Fahmi berkata tumpuan seterusnya akan diberikan kepada program suntikan vaksin penduduk di Parlimennya yang masih rendah.

Sebanyak 60.2 peratus populasi dewasa atau 14,095,554 individu di seluruh negara lengkap dos suntikan vaksin setakat semalam.


Pengarang :