Kit ujian kendiri Covid-19 menggunakan sampel air liur. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

1,000 kit saringan Covid-19 percuma untuk penduduk DUN Taman Templer

SELAYANG, 23 SEPT: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer menyediakan 1,000 kit saringan kendiri menggunakan sampel air liur secara percuma kepada penduduk sekitar.

Wakil rakyatnya Sany Hamzan berkata individu boleh mengambil kit itu di pusat khidmat masyarakat DUN itu setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 5 petang.

“Kita berikan kit ini bagi menggalakkan lebih ramai masyarakat melakukan saringan Covid-19 walaupun hanya di rumah termasuk mereka yang menjadi kontak rapat.

ADN Taman Templer Sany Hamzan di program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Taman Templer di Dataran Ilmu Bandar Baru Selayang, Gombak pada 23 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Selain itu, kita turut menyediakan beberapa ubat antaranya vitamin dan ubat batuk dalam kit berkenaan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Taman Templer di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Sementara itu Sany berkata sebanyak 700 dos pelalian disediakan bagi program itu yang bermula sejak jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pada 12 Ogos, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan sebanyak 60,000 kit kendiri dibekal kepada semua 56 pusat khidmat masyarakat dan pejabat penyelaras DUN.


Pengarang :