Selangorkini
Setiap pekerja Nestle’ wajib menjalani ujian kit pantas antigen (RTK-Ag) dua kali seminggu bagi mengelakkan penularan Covid-19 di kilangnya, sebelum ini saringan dibuat sekali seminggu sekali namun ditingkatkan susulan peningkatan kes harian di Selangor. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDA NASIONAL

15,759 kes baharu Covid-19, Selangor kekal paras 1,000

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebanyak 15,759 kes baharu Covid-19 dicatat seluruh negara hari ini, menaik sedikit berbanding semalam.

Mengikut data dikongsi ketua pengarah kesihatan, Selangor mencatat 1,934 kes juga menaik sedikit berbanding semalam 1,365 namun masih pada paras 1,000 kes.

Maklum Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Facebook, Sarawak catat kes harian paling banyak dengan 3,732 kes.

Berikut pecahan kes mengikut negeri dan wilayah lain:

Johor – 1,959
Pulau Pinang – 1,417
Kelantan – 1,338
Sabah – 1,291
Perak – 1,184

Kedah – 786
Pahang – 707
Terengganu – 592
Kuala Lumpur – 359

Melaka – 264
Negeri Sembilan – 127
Labuan – 12
Putrajaya – 34
Perlis – 23


Pengarang :