Lee Kee Hiong melihat petugas kesihatan memberi suntikan pelalian Covid-19 kepada penerima vaksin ketika program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa, Kuala Kubu Bharu pada 24 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

300 kit ujian kendiri percuma untuk penduduk Kuala Kubu Bharu

HULU SELANGOR, 24 SEPT: Sebanyak 300 kit ujian kendiri Covid-19 menggunakan air liur disediakan secara percuma kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata keutamaan diberi kepada individu yang mana ahli keluarga mereka atau orang berdekatan dijangkiti wabak berkenaan.

“Ini adalah inisiatif kita bagi menggalakkan masyarakat membuat saringan sendiri di samping membendung penularan Covid-19.

“Individu yang mahu kit ujian ini boleh dapatkan di pusat khidmat setiap Isnin hingga Jumaat bermula 9 pagi hingga 5 petang,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna Kampung Chuang Rasa di sini hari ini.

Program berlangsung sejak jam 9 pagi hingga 3 petang itu menerima sambutan menggalakkan apabila 350 individu hadir secara terus dan mendaftar untuk menerima suntikan vaksin.


Pengarang :