Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi bertanya khabar penduduk yang terjejas kejadian banjir kilat di Seksyen 4 dan 10 Shah Alam pada 27 September 2021. Foto Twitter Najwan Halimi
ADNSELANGOR

60 rumah di Seksyen 4, 10 terjejas akibat banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kira-kira 60 rumah di Seksyen 4 dan 10 di sini terjejas berikutan banjir kilat yang melanda sekitar daerah ini petang semalam.

Sebanyak 20 rumah dinaiki air di Seksyen 4 manakala 40 lagi di Seksyen 10 dalam kejadian bermula jam 5.30 petang sebelum surut kira-kira jam 9 malam.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dan kemusnahan harta benda serius.

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik Najwan Halimi dan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad  menziarahi sebahagian penduduk yang ditimpa musibah itu.

Pusat Khidmat Masyarakat Kota Anggerik turut menyalur bantuan bagi meringankan beban penduduk untuk membersihkan kediaman mereka.

“Kejadian di Seksyen 13 berpunca akibat limpahan dari Sungai Damansara, sungai itu sepatutnya didalamkan kerana tidak lagi mampu menampung air yang banyak,” kata Najwan.


Pengarang :