Petugas Kesihatan Selcare memasukkan sampel ujian calitan ke dalam bekas ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan, Petaling Jaya pada 19 Jun 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

65.9 peratus kes baharu tiada sejarah vaksin, belum lengkap dos

SHAH ALAM, 6 SEPT: Sebanyak 65.9 peratus atau 11,441 kes daripada jumlah keseluruhan 17,352 kes harian Covid-19 tiada sejarah atau tidak lengkap suntikan vaksin.

Ketua pengarah kesihatan berkata individu tidak lengkap vaksin menerima sekurang-kurangnya satu dos atau lengkap dua dos tetapi belum cukup tempoh 14 hari.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan sebanyak 34.1 peratus atau 5,911 kes pula lengkap divaksin, namun sebahagian besar tidak bergejala atau bergejala ringan.

“Daripada 268 kes kategori tiga hingga lima, sebanyak 191 kes (71.3 peratus) tiada sejarah atau tidak lengkap vaksinasi berbanding hanya 77 kes (28.7 peratus) yang lengkap divaksinasi.

“Situasi ini jelas menunjukkan mereka yang lengkap divaksinasi adalah lebih terlindung dan kurang berisiko mendapat jangkitan Covid-19 yang teruk,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut memaklumkan sebanyak 272 kes kematian dicatatkan hari ini membabitkan 227 warganegara manakala selebihnya warga asing.


Pengarang :