Petugas Selvax lengkap berpakaian tradisional Malaysia memberi suntikan pelalian Covid-19 kepada penerima dos kedua vaksin sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 di PPV Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya pada 31 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

72 peratus penduduk dewasa lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 11 SEPT: Sebanyak 72 peratus atau 16,856,812 populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 38,001,646 dos vaksin telah diberikan setakat semalam, termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 287,059 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

 

 


Pengarang :