Keadaan wad pesakit Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur selepas penurunan kes tahap 4 dan 5 yang memerlukan bantuan pernafasan pada 15 Ogos 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

98.2 peratus kes baharu babit kategori satu dan dua

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Daripada 15,759 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan hari ini, 288 kes atau 1.8 peratus adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 15,471 kes atau 98.2 peratus lagi terdiri daripada kategori satu dan dua, yakni melibatkan pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata kes sembuh Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka melebihi jumlah kes baharu dengan catatan 16,650 kes pulih.

Beliau berkata 23 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan sembilan kluster melibatkan tempat kerja, kluster komuniti (sembilan), kumpulan berisiko tinggi (tiga) dan dua kluster pendidikan.

Menurutnya kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) seluruh negara pada hari ini ialah 0.93 dengan Pahang menjadi negeri yang mencatatkan nilai R-Naught tertinggi iaitu 1.07 sementara Labuan menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan R-Naught sifar.

Dr Noor Hisham berkata data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman GitHub dan laman web https://covidnow.moh.gov.my.

– BERNAMA


Pengarang :