Elizabeth Wong (kanan) melihat proses suntikan pelalian kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Komuniti Damansara Damai, Petaling Jaya pada 25 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

ADN Bukit Lanjan bantu 10,000 keluarga susah sepanjang pandemik

PETALING JAYA, 25 SEPT: Lebih 10,000 keluarga sekitar Bukit Lanjan yang terkesan akibat Covid-19 dibantu sejak tahun lalu, menurut Ahli Dewan Negerinya.

Elizabeth Wong berkata bantuan bakul makanan dan makanan yang siap dimasak paling banyak diedar pada Jun dan Julai ketika perintah kawalan penuh dikuat kuasa.

“Kedua-dua bulan ini menyaksikan permintaan yang luar biasa di mana kita peruntuk 500 pek makanan setiap minggu kerana waktu berkenaan ramai yang hilang pendapatan.

“Kita juga bekerjasama dengan restoran yang masak dengan percuma dan edarkan 400 bungkus setiap minggu,” katanya ditemui pada program Vaksin Selangor di Dewan Komuniti Damansara Damai hari ini.

Beliau berkata bantuan itu berkurangan sekitar 100 ke 200 pek setelah kerajaan melonggarkan beberapa sektor ekonomi mulai akhir Ogos.

Pada 31 Julai, Elizabeth berkata warga asing yang hilang pendapatan tidak terkecuali daripada menerima bantuan makanan sejak perintah kawalan ketat dikenakan awal Jun lalu.

Beliau berkata permohonan dibuat melalui Facebook, sistem pesanan ringkas dan borang dalam talian.


Pengarang :