Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan kotak makanan asas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam majlis pelepasan Jelajah Peduli Nadi Rakyat di Ibu Pejabat Parti KEADILAN, Petaling Jaya pada 17 September 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Amirudin: Budaya bantu rakyat subur dalam KEADILAN

PETALING JAYA, 17 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terus menyuburkan budaya membantu dan berkongsi rezeki dengan masyarakat memerlukan.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Selangor Dato’ Seri Amirudin Shari berkata amalan itu telah lama diterap dalam kalangan pemimpin dan ahli yang digerak membantu rakyat kesempitan hidup tanpa mengira masa.

“Ia bukan perkara baharu dan harus ditingkatkan, kadang-kala kita jadi kerajaan, kita akan rasa selesa dengan dana kerajaan.

“Tetapi kalau kita dapat keluarkan dana melalui duit poket sendiri, itu nikmat dan kepuasannya luar biasa yang harus dikongsi,” katanya ditemui selepas majlis pelepasan konvoi program Jelajah Peduli Nadi Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN di sini hari ini.

Konvoi dilepaskan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dato’ Menteri Besar Selangor mengulas kenyataan Anwar yang meminta wakil rakyat dan pemimpin parti itu supaya terus memberikan bakti kepada masyarakat terutama dalam berdepan penularan Covid-19.


Pengarang :