Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) ketika Mesyuarat Penggal Keempat, Parlimen ke-14 di Bangunan Parlimen pada 28 September 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Anwar: Jangan bebankan rakyat dengan cukai baharu

SHAH ALAM, 28 SEPT: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan kerajaan persekutuan jangan membebankan rakyat dengan mengenakan cukai baharu bagi meningkatkan hasil negara.

Ketua pembangkang berkata pelbagai cara boleh dilakukan antaranya memperkenalkan cukai tambahan kepada golongan korporat yang masih mencatat keuntungan ketika ekonomi meleset.

“Dalam keadaan sekarang jangan bebankan rakyat dengan cukai baharu, kurangkan beban rakyat…bentuk cukai progresif terhadap golongan kaya.

“Walaupun ekonomi negara kita dilihat meleset ataupun tidak memberansangkan, peningkatan keuntungan sektor korporat adalah lebih tinggi berbanding pertumbuhan pampasan pekerja,” katanya ketika membahaskan RMK-12 di Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson berkata rekod menunjukkan keuntungan sektor korporat dalam RMK-11 adalah RM583 bilion.

“Jumlah keuntungan ini tidak setimpal upah pekerja…di Korea dan negara lain (upah) hampir setimpal. Kalau ada kesenjangan pendapatan, upah masih rendah tetapi untung lonjak tinggi, perkara ini tidak meningkatkan produktiviti,” katanya.


Pengarang :