Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor, Norazam khamis bercakap kepada media selepas kerja sanitasi oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor di Anggerik Mall, UTC Shah Alam pada 27 Oktober 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENSI SELANGOR

Bomba selamatkan sembilan lelaki terperangkap di Sungai Kedondong

KUALA LUMPUR, 18 SEPT: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor menyelamatkan sembilan lelaki yang terperangkap di kawasan batu di Sungai Kedondong, Kuala Kubu Bharu, dekat sini malam tadi, ekoran kejadian kepala air.

Kesemua mangsa yang berusia 16 hingga 20 tahun terperangkap di sungai berkenaan akibat arus deras.

Pengarahnya Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.55 malam.

Beliau berkata sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Anggota tiba pada 8.27 malam dan mendapati dua daripada sembilan lelaki terbabit berjaya melepasi sungai berkenaan manakala tujuh lagi rakannya masih terperangkap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata pihaknya berjaya menyelamatkan kesemua mangsa dan dibawa ke tempat selamat.

– BERNAMA


Pengarang :