Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah ketika mengadakan sidang media harian berkaitan jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya pada 6 Januari 2021. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: 2.3 peratus kes baharu babit kategori tiga, empat dan lima

KUALA LUMPUR, 22 SEPT: Sebanyak 338 kes atau 2.3 peratus daripada 14,990 kes baharu Covid-19 hari ini adalah dalam kategori tiga, empat dan lima, manakala 14,652 kes atau 97.7 peratus lagi melibatkan kategori satu dan dua, iaitu pesakit tidak bergejala atau bergejala ringan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata kes sembuh Covid-19 dalam negara terus menunjukkan angka melebihi jumlah kes baharu dengan catatan 19,702 kes pulih.

Beliau berkata 26 kluster baharu dilaporkan hari ini dengan 13 kluster melibatkan tempat kerja, kluster komuniti (tujuh), kluster pendidikan lain (tiga) serta masing-masing satu bagi kluster institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah Kementerian Pendidikan, kluster pendidikan lain dan kluster kumpulan berisiko tinggi.

Menurutnya kadar kebolehjangkitan Covid-19 (R-Naught) seluruh negara pada hari ini ialah 0.95 dengan Pahang menjadi negeri yang mencatatkan nilai R-Naught tertinggi iaitu 1.05 sementara Labuan menjadi satu-satunya negeri yang merekodkan R-Naught sifar.

Dr Noor Hisham berkata data kematian dan data-data lain bagi situasi semasa jangkitan Covid-19 di Malaysia akan dimuat naik ke laman GitHub dan laman web https://covidnow.moh.gov.my.

– BERNAMA


Pengarang :