Pelumba PETRONAS Sprint Yamaha Maju, Motor Ahmad Afif Amran (kiri) dan Md Akid Aziz ketika beraksi pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS di Litar Sementara Dataran Seri Jempol pada 17 November 2019. Foto BERNAMA
AGENDASUKANKINI

Cub Prix Malaysia Petronas bersambung 18 Sept di Litar Sepang Utara

SHAH ALAM, 10 SEPT: Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas musim ini bakal bersambung di Litar Sepang Utara pada 18 September ini, kata penganjur kejuaraan itu.

Pengarah Safe Aim Mutual dalam kenyataannya berkata perlumbaan tersebut melibatkan empat pusingan adalah bagi melengkapkan 10 pusingan kejuaraan seperti dirancang musim ini.

“Bagi warga Cub Prix, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta Persatuan Permotoran Malaysia (MAM) yang banyak membantu,” kata Ron Hogg.

Pada masa sama, pihaknya juga merakamkan penghargaan kepada penaja kejuaraan terutamanya penaja utama, Petronas di atas sokongan selama ini.

Bagaimanapun, perlumbaan bersambung itu tidak melibatkan kehadiran penonton dengan pelaksanaan tatacara operasi piawai (SOP) lebih ketat berbanding musim lalu.

Empat pusingan itu seperti berikut:

1. Pusingan 3 – Litar Sepang Utara – 18 September 2021
2. Pusingan 4 – Litar Sepang Utara – 19 September 2021
3. Pusingan 5 – Litar Permotoran Terengganu – 2 Oktober 2021
4. Pusingan 6 – Litar Permotoran Terengganu – 3 Oktober 2021


Pengarang :