Petugas kesihatan memberi suntikan vaksin Covid-19 kepada peserta program Vaksin Selangor (Selvax) Komuniti DUN Subang Jaya di pusat pemberian vaksin (PPV) Hotel De Palma, Shah Alam pada 19 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dua lagi kluster Covid-19 di Selangor babit tempat kerja

SHAH ALAM, 14 SEPT: Dua lagi kluster baharu Covid-19 dikesan di Selangor hari ini membabitkan tempat kerja.

Menurut kenyataan ketua pengarah kesihatan, kluster Industri Batu 29 tercetus di Hulu Selangor dengan 58 kes direkodkan daripada 107 individu disaring.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kluster Industri Dua Jalan Telok Gong di Klang pula mengesan 52 kes positif hasil saringan ke atas 84 individu.

Keseluruhannya, sebanyak 29 kluster baharu dilaporkan di seluruh negara hari ini berbanding 32 dicatatkan semalam, majoriti membabitkan tempat kerja dan komuniti.

Hari ini, jangkitan wabak Selangor kembali pada tahap 2,000 iaitu 2,632 kes.

Semalam, sebanyak 1,974 kes direkodkan di negeri ini, paras angka hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.


Pengarang :