Petugas Selvax lengkap berpakaian tradisional Malaysia memberi suntikan pelalian Covid-19 kepada penerima dos kedua vaksin sempena Hari Kebangsaan yang ke-64 di PPV Kompleks Sukan PKNS, Kelana Jaya pada 31 Ogos 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Hampir 69 peratus penduduk dewasa Malaysia lengkap vaksin

KUALA LUMPUR, 7 SEPT: Sebanyak 68.8 peratus atau 16,107,712 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV).

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, memaklumkan sebanyak 313,751 dos vaksin Covid-19 melibatkan 132,640 dos pertama dan 181,111 dos lengkap diberikan semalam, menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

“Sebanyak 20,677,827 individu atau 88.3 peratus populasi dewasa Malaysia sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 setakat Isnin,” demikian menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

– BERNAMA


Pengarang :