Pengarah Eksekutif Yayasan Hijrah Selangor, Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor berucap ketika Majlis Ramah Mesra bersama Penggerak Kerajaan Selangor sempena Sambutan Ulang Tahun Yayasan Hijrah Selangor ke-6 di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam pada 29 Mac 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Hijrah rancang tubuh bank pembangunan keusahawanan

SHAH ALAM, 22 SEPT: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) sedang dalam perancangan menubuhkan sebuah bank pembangunan keusahawanan.

Pengarah eksekutifnya berkata idea menubuhkan bank berkenaan adalah cetusan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan pihaknya sedang berusaha merealisasikannya.

“Saya diberi amanat merangka satu gerakan untuk tujuan tersebut di Selangor di mana Hijrah sebahagian institusi perbankan.

“Kita masih dalam rangka perbincangan. Itu adalah matlamat dan cita-cita Dato’ Menteri Besar,” kata Dato’ Sri Mohamad Suparadi Md Noor menerusi bual bicara Usahawan Hijrah: Bangkit depani Covid-19 yang disiarkan di Media Selangor semalam.

Pada 29 Mac, Dato’ Menteri Besar berkata Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) berjaya melahirkan seramai 57,211 usahawan sejak ditubuhkan enam tahun lepas.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata mereka menerima manfaat Skim Pembiayaan Mikro Kredit, Skim Pembiayaan Zero to Hero, Skim Pembiayaan Go Digital dan Skim Niaga Darul Ehsan (NaDI) melibatkan dana sejumlah RM554,540,500.


Pengarang :