Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafii meninjau keadaan jalan rosak di Laluan B57 yang menghubungkan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu. Foto Facebook Pusat Khidmat Rakyat Penyelaras Dun Batang Kali
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jalan rosak, laluan Hulu Yam Lama-Hulu Yam Bharu ditutup sementara

SHAH ALAM, 20 SEPT: Laluan B57 yang menghubungkan Hulu Yam Lama dan Hulu Yam Bharu ditutup sementara susulan kerosakan jalan akibat tanah runtuh pada Sabtu.

Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafii berkata ketika ini hanya motosikal dan basikal dibenar menggunakan laluan itu namun dalam jumlah terhad.

“Sabtu lalu hujan lebat. Air Sungai Hulu Kelang deras menyebabkan tebing jalan runtuh hingga memaksa Jabatan Kerja Raya menutup jalan bagi mengelakkan kejadian buruk.

“Jadi orang ramai boleh menggunakan laluan Antara Gapi atau pekan Batang Kali.

Penutupan jalan ini dijangka satu hingga dua bulan namun bergantung kepada situasi semasa” katanya kepada SelangorKini.

Saifuddin berkata ketika ini separuh daripada laluan terbabit mengalami kerosakan teruk dan membahayakan pengguna jalan.

“Ramai ikut jalan ini untuk ke air terjun. Sekarang laluan tidak lagi boleh menampung dan kita tidak mahu keseluruhan rosak hingga terputus hubungan kerana menyukarkan kerja pembaikan,” katanya.

Terdahulu beliau memuat naik video kerosakan jalan terbabit di Twitter selain meminta orang awam menggunakan laluan alternatif.


Pengarang :