Petugas Kesihatan Selcare memasukkan data sampel untuk dianalisis ketika Saringan Komuniti Covid-19 di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam pada 9 Jun 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jumlah jangkitan menurun sedikit sahaja, Selangor masih paras 2,700 kes

SHAH ALAM, 16 SEPT: Jumlah jangkitan baharu Covid-19 menurun sedikit kepada 18,815 kes hari ini berbanding 19,495 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah di Selangor naik sedikit sahaja kepada 2,718 kes berbanding 2,710 kes semalam.

Jangkitan di Sarawak masih tinggi dengan 3,660 kes berbanding 4,709 semalam, sementara Johor meningkat kepada 2,206 kes berbanding 1,860 kes sehari sebelumnya.

Lima negeri yang merekodkan paras 1,000 kes: Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 814
Pahang – 712

Kuala Lumpur – 493
Melaka – 269
Negeri Sembilan – 170

Perlis – 80
Putrajaya – 22
Labuan – 11

 


Pengarang :