AGENDANASIONAL

Kerja baiki paip pecah di Jejambat Ampang Point siap malam ini

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point yang kini mencecah 70 peratus dijangka siap sepenuhnya jam 10 malam ini.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bekalan air ke 41 kawasan terjejas akan disalurkan secara berperingkat sebaik pembaikan selesai.

“Berikutan kerja-kerja dijangka siap lebih awal, maka pemulihan bekalan air sepenuhnya juga dijangka lebih awal pada jam 10 malam esok,” kata syarikat itu dalam kenyataan.

Air Selangor akan terus menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Syarikat itu turut menasihatkan pengguna mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka sewaktu mengambil bekalan air daripada lori tangki yang disediakan.

Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.


Pengarang :