Kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point siap sepenuhnya jam 10 malam pada 25 September 2021. Foto Facebook Air Selangor
AGENDANASIONAL

Kerja baiki paip selesai, bekalan air mula diagih berperingkat

SHAH ALAM, 25 SEPT: Kerja pembaikan paip pecah berhampiran Jejambat Ampang Point siap sepenuhnya malam ini dan bekalan air mula diagihkan berperingkat ke kawasan terjejas.

“Pemulihan bekalan air sepenuhnya pada jam 10 malam, 26 September 2021,” kata Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan.

Syarikat pembekal air tersebut menyarankan pengguna yang mendapat bekalan untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

“Air Selangor berharap pengguna yang mendapat bekalan menggunakannya secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas lancar seperti dijadualkan,” kata syarikat itu.

Sebanyak 41 kawasan di wilayah Gombak berdepan gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah hari ini.

Senarai lengkap kawasan terjejas dimuatkan di Facebook Air Selangor. Pengguna juga boleh merujuk
aplikasi Air Selangor, Instagram dan Twitter atau hubungi talian 15300.


Pengarang :