Polis mengawal kesesakan Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Evo Mall Bangi selepas diserbu 3,000 orang yang mahu mendapatkan pelalian menerusi program Vaksin Selangor (Selvax) pada 22 Ogos 2021. Foto ihsan Polis Daerah Kajang
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor kembali ke paras bawah 2,000

SHAH ALAM, 18 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor turun ke paras bawah 2,000 hari ini dengan merekodkan 1,995 kes berbanding 2,646 semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Negeri ini merekodkan jangkitan paras 1,000 pada 13 Jun lalu iaitu 1,973 kes.

Berdasarkan angka yang dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook, jumlah jangkitan seluruh negara juga terus menurun kepada 15,549 kes berbanding 17,577 semalam.

Sarawak kekal negeri tertinggi wabak iaitu 2,929 kes diikuti Johor (2,208), Sabah (1,395), Pulau Pinang (1,375), Kelantan (1,214), Perak (1,120) dan Kedah (1,073)

Jumlah jangkitan di negeri dan wilayah lain seperti berikut:

Terengganu – 755
Pahang – 634
WPKL – 382
Melaka – 263
Negeri Sembilan – 131
Perlis – 33
WP Putrajaya – 31
WP Labuan – 11


Pengarang :