Orang ramai menunggu giliran untuk menjalani Saringan Komuniti percuma anjuran Kerajaan Negeri di Dewan Serbaguna MBSA U5, Shah Alam pada 27 Mei 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 di Selangor turun ke paras 1,000

SHAH ALAM, 13 SEPT: Jangkitan Covid-19 di Selangor hari ini turun kepada 1,947 kes, paras angka yang hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.

Negeri ini merekodkan jangkitan paras 2,000 kes dua hari berturut-turut semalam dan Sabtu selepas mencatat 3,595 kes pada Jumaat.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan jangkitan seluruh negara menurun kepada 16,073 kes berbanding 19,198 semalam.

Manakala jangkitan di Sarawak sedikit menurun namun kekal negeri tertinggi iaitu 3,522 kes diikuti Johor (2,030).

Negeri merekod jangkitan empat angka:

Sabah – 1,649
Pulau Pinang – 1,243
Kedah – 1,191
Perak – 1,011
Kelantan – 1,070

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pahang – 878
Terengganu – 704
WP Kuala Lumpur – 398
Melaka – 206
Negeri Sembilan – 156

Perlis – 41
WP Putrajaya – 16
WP Labuan – 11


Pengarang :