Orang ramai beratur menunggu giliran bagi membuat ujian calitan ketika Saringan Komuniti Covid-19 secara bersasar di Dewan MBSA Paya Jaras Tengah, Sungai Buloh pada 26 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kes Covid-19 turun lagi, Selangor kembali rekod 2,000 kes

SHAH ALAM, 14 SEPT: Jangkitan Covid-19 seluruh negara hari ini turun lagi kepada 15,669 kes berbanding 16,073 yang direkodkan semalam, menurut ketua pengarah kesihatan.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook juga menunjukkan kes di Selangor kembali ke paras 2,000 iaitu 2,632 kes.

Semalam, negeri ini merekodkan 1,947 kes, paras angka yang hampir sama pada 15 Jun lalu iaitu 1,996.

Jangkitan di Sarawak terus menurun kepada 1,983 kes berbanding 3,522 semalam.

Negeri merekod jangkitan empat angka:

Johor – 1,974
Sabah – 1,784
Pulau Pinang – 1,651
Kelantan – 1,406
Kedah – 1,207

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Perak – 856
Pahang – 763
Terengganu – 483
WP Kuala Lumpur – 411
Melaka – 329
Negeri Sembilan – 143

Perlis – 30
WP Putrajaya – 14
WP Labuan – 3


Pengarang :