Sebuah kilang kimia di Sungai Puloh, Klang dikompaun RM10,000 akibat kegagalan mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual termasuk melepaskan air berwarna merah ke longkang awam ketika serbuan pada 20 September 2021. Foto Facebook Jabatan Alam Sekitar
AGENDANASIONAL

Kilang kimia di Klang dikompaun RM10,000 gagal urus sisa buangan

SHAH ALAM, 21 SEPT: Sebuah kilang kimia di Kawasan Perindustrian Sungai Puloh, Klang dekat sini dikompaun RM10,000 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor semalam ekoran kegagalan mematuhi beberapa peraturan berkaitan pengurusan buangan terjadual.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi JAS, memaklumkan kilang tersebut turut disiasat berhubung pelepasan air berwarna merah ke longkang awam yang ditemui semasa pemeriksaan JAS pada cuti hujung minggu.

“Sampel air buangan daripada proses kilang telah diambil untuk analisis kimia dan membolehkan tindakan penguatkuasaan lanjut diambil,” katanya.

-BERNAMA


Pengarang :