Ramli Mohd Tahir (kiri) dan Michelle Ng Mei Sze (kanan) bergambar selepas menyumbang enam tong sampah jenis larut kepada Pangsapuri PJS 7/15, Bandar Sunway pada 15 September 2021. Foto NORRASYIDAH ARSHAD/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

Kurang seminggu selesai aduan, ADN Subang Jaya puji KDEBWM

SUBANG JAYA, 16 SEPT: Tindakan pantas syarikat pengurusan sisa pepejal negeri menggantikan tong sampah penduduk yang rosak dipuji Ahli Dewan Negeri (ADN) Subang Jaya.

Michelle Ng Mei Sze berkata KDEB Waste Management (KDEBWM) mengambil masa kurang seminggu untuk menyelesaikan masalah penduduk Pangsapuri PJS 7/15, Bandar Sunway.

“Saya membuat permohonan kepada KDEBWM minggu lalu dan hari ini (semalam) terima yang baharu. Tindakan sangat cepat dan betul-betul prihatin masalah penduduk.

“Inisiatif ini juga memudahkan proses kutipan sampah. Jika tidak kakitangan KDEBWM perlu mengutip secara manual dan mengambil masa,” katanya selepas menerima tong sampah larut (leach bin) daripada Pengarah Urusan KDEBWM Ramli Mohd Tahir.

Michelle turut meminta penduduk menjaga dan menggunakan kemudahan tersebut dengan betul bagi memastikan kebersihan sekitar pangsapuri terpelihara.

Semalam, KDEBWM menyumbang enam tong sampah jenis larut bernilai lebih RM10,00 kepada pangsapuri berkenaan sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporatnya.


Pengarang :