Orang ramai beratur menunggu giliran untuk menerima suntikan pelalian ketika program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 13 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Lebih 17 juta rakyat dewasa lengkap vaksin setakat semalam

KUALA LUMPUR, 12 SEPT: Sebanyak 72.7 peratus atau 17,026,781 individu daripada populasi dewasa di negara ini sudah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) .

JKJAV menerusi perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini memaklumkan 90.9 peratus atau 21,290,857 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos termasuk penerima vaksin dos tunggal CanSino.

Sementara itu, sebanyak 38,260,575 dos suntikan vaksin telah diberikan setakat semalam termasuk vaksin dos tunggal dan dua dos.

“Semalam, sebanyak 258,929 dos vaksin telah diberikan menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK),” menurut JKJAV.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik Covid-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

 


Pengarang :