Rahim Kasdi melihat proses pemberian vaksin kepada penduduk pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Rakyat Terbuka Padang Awam, Batu Caves pada 16 September 2021. Foto SHEEDA FATHIL/SELANGORKINI
ADN SELANGOR

Lebih 2,000 pek makanan diagih kepada penduduk Gombak Setia

GOMBAK, 16 SEPT: Lebih 2,000 bakul makanan diagih kepada penduduk sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia yang terjejas akibat Covid-19 setakat ini.

Penyelarasnya Rahim Kasdi berkata semua penerima mendapat makanan asas seperti beras, tepung, sardin, susu, minyak masak termasuk bantuan tunai.

“Sumbangan ini diagihkan dari semasa ke semasa bagi memastikan tiada individu terputus bekalan makanan terutama ketika pandemik Covid-19 melanda,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Rakyat Terbuka Padang Awam, Batu Caves di sini semalam.

Pada 23 Ogos, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mengingatkan semua wakil rakyat untuk turun padang mengesan penduduk memerlukan bantuan.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah golongan ini perlu sentiasa dicari, bukan hanya ketika ingin mendapatkan undi sewaktu pilihan raya sahaja.


Pengarang :