Wakil rakyat DUN Taman Templer Sany Hamzan menyampaikan sumbangan pek makanan asas kepada sebuah keluarga di Kg Bendahara pada 1 Jun 2021. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Taman Templer – YB Sany Hamzan
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Lebih RM200,000 dibelanja bantu penduduk Taman Tampler terjejas

SELAYANG, 24 SEPT: Lebih RM200,000 dibelanja bagi membantu keluarga terjejas akibat pandemik Covid-19 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer setakat ini.

Wakil rakyat Sany Hamzan berkata bantuan itu meliputi bakul makanan, perubatan, keperluan asas dan pendidikan seperti pemberian komputer riba atau tablet.

“Lebih RM200,000 telah dibelanjakan setakat ini…bantuan akan berterusan dari semasa ke semasa demi memastikan tiada penduduk di kawasan ini terputus bekalan asas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak DUN Taman Templer di Dataran Ilmu di sini semalam.

Pada 9 Jun, Amirudin mengumumkan setiap DUN menerima bantuan tambahan RM50,000 menerusi Program Bakul Makanan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Turut menerima peruntukan tambahan dalam menjaga kebajikan dan kelangsungan hidup rakyat ahli parlimen Pakatan Harapan berjumlah RM30,000.

Pakej Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta meliputi tiga strategi dan 25 program bakal memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat.


Pengarang :