Kakitangan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menjalankan siasatan, pemantauan dan tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah premis ternak ayam dekat Sungai Lui, Hulu Langat pada 24 September 2021. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENSISELANGOR

LUAS arah premis ternak ayam selenggara laluan kumbahan elak pencemaran

SHAH ALAM, 29 SEPT: Wakil premis ternakan ayam dekat Sungai Lui, Hulu Langat diarah menyelenggara laluan pelepasan sisa dan kolam bagi mengelak pencemaran.

Arahan berikutan aduan orang ramai mengenai aktiviti pembuangan sisa kumbahan penternakan ayam di kawasan berkenaan, tegas Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

“Wakil premis diarah menyelenggara laluan pelepasan efluen dan kolam serta menutup semua lubang yang boleh mengakibatkan efluen keluar ke kawasan berhampiran,” kata agensi itu di Facebook.

Siasatan LUAS pada 24 September turut mendapati premis terbabit tidak tertakluk bawah aktiviti berjadual kerana jumlah ternakan kurang 20,000 ekor selain dijalankan atas tanah persendirian.

Agensi itu turut meminta orang ramai melaporkan segera aktiviti mencurigakan bagi mengelakkan insiden yang berpotensi menyumbang pencemaran sumber air.


Pengarang :