Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) Ahmad Azri Zainal Nor (dua, kiri) menyampaikan cek cura kepada Pengerusi Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Christine Chin (dua, kanan) ketika Program Sumbangan CSR MBI kepada SPCA di Ampang Jaya Hulu Langat pada 22 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

MBI peruntuk RM30 juta bantu pelbagai pihak sepanjang tahun ini

AMPANG, 22 SEPT: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntukkan RM30 juta bagi menjayakan pelbagai program bermanfaat sepanjang tahun ini.

Ketua tanggungjawab sosial korporatnya berkata setakat September hampir RM20 juta dibelanjakan melibatkan beberapa program besar antaranya Data Internet Selangor, Program Tuisyen Rakyat Selangor dan rebat pengangkutan ke pusat pemberian vaksin.

“Hujung tahun ini kita jayakan Program Back To School selain bantuan sempena sambutan Deepavali dan Krismas.

“Peruntukan yang sudah digunakan tidak hanya fokus kepada bakul makanan dan manusia sahaja tetapi juga kepada alam sekitar, haiwan selain untuk program keagamaan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau ditemui selepas menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada Persatuan Mencegah Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA) Selangor hari ini.

MBI sebelum ini turut membantu beberapa pihak termasuk bekas atlet dan selebriti berdepan kesusahan.

Antaraya Ali XPDC, pelawak Hamid Gurkha, bekas pemain bola sepak Selangor Azhar Sharif, pemain gitar kumpulan Search, Kid dan bakal membantu bintang legenda negara Datuk Jeffrydin.

Sepanjang Januari hingga Julai, MBI juga membelanjakan sebanyak RM800,000 bagi menyediakan bakul makanan kepada golongan terkesan Covid-19.


Pengarang :