Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor bercakap kepada media berkaitan kempen pengurangan kompaun dan pelbagai insentif sempena sambutan ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-21 di Wisma Majlis Bandaraya Shah Alam pada 29 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSA tawar kemudahan awam percuma sepanjang Oktober

SHAH ALAM, 29 SEPT: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan beberapa penggunaan fasiliti dan kemudahan awam secara percuma kepada penduduk sekitar mulai Oktober ini.

Datuk Bandar Shah Alam Dato’ Zamani Ahmad Mansor berkata insentif tersebut ditawar sempena meraikan sambutan ulang tahun bandar raya itu yang ke-21.

“Ia tanda penghargaan dan terima kasih kepada pemegang taruh khususnya warga Shah Alam yang bersama menjadikan bandar raya ini sejahtera, aman dan harmoni,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena inisiatif ulang tahun bandar raya Shah Alam ke-21 di Wisma MBSA di sini hari ini.

Antara insentif percuma ditawarkan adalah:
– Tempat letak kereta hub Seksyen 19, berhampiran komuter (10 Oktober)
– Sewaan Laman Teater (Padang C) (10 Oktober)
– Sewaan Dewan Serbaguna MBSA hanya untuk aktiviti sukan seperti badminton/takraw (10 Oktober)
– Tempat letak kereta Bangunan Wisma MBSA (11 Oktober)
– Promosi keahlian percuma bagi Perpustakaan MBSA (sepanjang Oktober)
– Penggunaan skuter elektrik secara percuma setiap 5 minit pertama (sepanjang Oktober)

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam menerusi talian 03-5510 5133 sambungan 1723.


Pengarang :