Pengunjung Taman Tasik Shah Alam Seksyen 3 mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sewaktu beriadah di taman permainan itu dengan mengamalkan penjarakan sosial bagi mencegah penularan Covid-19 pada 26 Mei 2020. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ: Guna kemudahan taman awam dengan cermat sebaik dibuka 1 Okt

SHAH ALAM, 29 SEPT: Penduduk Subang Jaya diingatkan supaya menggunakan kemudahan di taman awam dengan cermat sebaik pembukaan semula pada 1 Oktober ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) berkata kerja pembersihan di semua taman awam dijalankan melalui program taman selamat bersama Majlis Perwakilan Penduduk baru-baru ini untuk keselesaan.

“Penduduk perlu memelihara habitat haiwan dan dilarang memberi makan. Sekiranya terdapat masalah gangguan daripada haiwan, mereka diminta buat aduan kepada MBSJ untuk penyelesaian.

“Selain itu, penduduk harus menerapkan amalan kebersihan dan kerap mencuci tangan selain mengelak menyentuh muka dengan tangan,” kata Noraini Roslan pada mesyuarat penuh MBSJ Bil.10/2021 secara maya hari ini.

Beliau turut menasihati masyarakat supaya sentiasa mengawal penjarakan fizikal antara satu sama lain ketika mengunjungi taman awam bagi mengurangkan risiko jangkitan Covid-19.

“Semua aktiviti sukan dan rekreasi tidak bersentuhan dan dilakukan secara individu dengan mematuhi penjarakan sekurang-kurangnya satu hingga tiga meter,” katanya.


Pengarang :