EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han memeriksa sisa berjadual di sebuah gudang dekat Batang Kali. Foto Facebook Ng Sze Han
EXCOSELANGOR

MDHS, pejabat tanah serbu gudang gagal urus sisa berjadual

SHAH ALAM, 30 SEPT: Sebuah gudang yang menjalankan aktiviti pembuangan sisa industri tanpa kebenaran dekat Batang Kali diserbu Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) hari ini.

EXCO Kerajaan Tempatan, Ng Sze Han berkata pemeriksaan bersama Pejabat Tanah Selangor turut mendapati sisa berjadual juga tidak diurus mengikut piawaian yang ditetapkan.

“Baru-baru ini, Kerajaan Negeri menerima maklumat dan aduan orang awam mengenai pembuangan sisa berjadual dan industri di sebuah gudang berdekatan Batang Kali. Serbuan dilakukan mendapati aduan tersebut benar.

“Penilaian awal kami mendapati sisa-sisa ini tidak diuruskan mengikut piawaian yang ditetapkan dan premis juga tidak didaftarkan sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti menguruskan sisa berjadual,” katanya di Facebook.

Susulan itu, Sze Han berkata Jabatan Alam Sekitar dimaklumkan mengenai perkara tersebut untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Pengarang :