Pelancong Hairi Salim mengibarkan Jalur Gemilang dengan berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam bagi menunjukkan semangat patriotik sempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-63 di Pantai Chenang pada 30 Ogos 2020. Foto BERNAMA
AGENSISELANGOR

Menangi RM1,000, peraduan warkah Kita Selangor cetus semangat patriotik

SHAH ALAM, 10 SEPT: Golongan muda di negeri ini dipelawa menyertai pertandingan menulis warkah bertemakan #KitaSelangor 2021 sempena sambutan Hari Malaysia ke-58.

Pertandingan anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) bertujuan memupuk semangat patriotik selain memberi peluang meluahkan harapan sebagai anak Selangor.

Perbadanan itu menerusi Facebook memaklumkan penyertaan terbuka kepada dua kategori iaitu remaja berusia 15 sehingga 17 tahun (kategori A) dan belia berusia 18 sehingga 35 tahun (kategori B).

Warkah boleh dihantar melalui e-mel [email protected] dengan melengkapkan butiran seperti nama, nombor kad pengenalan, emel, nombor telefon dan alamat sebelum 30 September ini.

Bertemakan Harapan Anak Muda Buat Nusa Bangsa, pemenang utama bakal membawa pulang wang tunai RM1,000, kedua (RM800), ketiga (RM700) dan 30 hadiah sagu hati berjumlah RM100.

Maklumat lanjut boleh hubungi talian 013-826 0950 / 03-3216 4630 / 019-365 6586 atau layari laman web www.ppas.gov.my dan Twitter @selangorlibrary.


Pengarang :