Petugas masjid memeriksa sijil lengkap vaksin jemaah yang hadir untuk menunaikan solat berjemaah di masjid ketika tinjauan SelangorKini di Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood, Gombak pada 4 September 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

1,000 jemaah dibenar solat Jumaat di Masjid Negeri

SHAH ALAM, 22 SEPT: Kerajaan Negeri membenarkan solat Jumaat untuk 1,000 orang di Masjid Negeri dan 500 orang bagi solat berjemaah lima waktu, umum EXCO Hal-Ehwal Agama Islam.

Menerusi infografik dikongsi Mohd Zawawi Ahmad Mughni di Facebook, kelonggaran ini untuk ahli jemaah di dalam kariah masing-masing yang telah lengkap dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Pada 3 September Kerajaan Selangor melonggarkan syarat solat Jumaat untuk 100 orang di masjid dan 50 orang bagi solat berjemaah lima waktu termasuk di surau.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Shahzihan Ahmad berkata umat Islam perlu memanfaat kelonggaran diberi oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj itu.

“Tuanku bukan hanya meningkatkan solat Jumaat tetapi juga solat fardu. Ini bermakna Tuanku bukan sahaja hendak solat Jumaat tetapi jemaah penuhkan solat fardu lima waktu.

“Tuanku sudah beri kebenaran dan jangan kita hendak rebut solat Jumaat sahaja . Solat fardu ini kita hendak tunjuk kekuatan dan kesatuan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau program vaksinasi khas Frontliner Jais di di Dewan Syarahan dan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini.

 


Pengarang :