Air Selangor merupakan pembekal tunggal perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Paip pecah: Bekalan air enam seksyen pulih sepenuhnya

SHAH ALAM, 24 SEPT: Gangguan bekalan air tidak berjadual di enam kawasan berikutan kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam pulih sepenuhnya jam 12 tengah hari.

Enam kawasan itu ialah Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan mengucapkan terima kasih kepada pengguna di atas kesabaran dan kerjasama sepanjang tempoh gangguan bekalan berlaku.

Air Selangor turut memohon kerjasama pengguna untuk melaporkan sebarang kejadian paip bocor atau pecah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi memastikan tindakan pembaikan dapat dilakukan dengan segera.

Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Air Selangor di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre di laman web www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor

Terdahulu Air Selangor memaklumkan kerja-kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, siap dilaksanakan jam 6 pagi.

Susulan itu, bekalan air di enam kawasan yang terjejas mula disalur secara berperingkat jam 6.15 pagi tadi.


Pengarang :