Muhammad Akmal Abdul Halim menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Penduduk Taman Bukit Kemensah Indah, Zakaria Hussin ketika tinjauan lokasi tanah runtuh di Kemensah Heights, Hulu Klang pada 18 September 2021. Foto Penggerak Belia Selangor (PeBS)
AGENSISELANGOR

PeBS sedia sukarelawan bantu mangsa tanah runtuh berpindah

HULU KELANG, 19 SEPT: Penggerak Belia Selangor (PeBS) bersedia menggerakkan sukarelawan untuk membantu mangsa tanah runtuh di Kemensah Heights yang diarah berpindah.

Presidennya Muhammad Akmal Abdul Halim berkata pihaknya akan menyediakan beberapa pasukan sukarelawan bagi memudahkan urusan pemindahan mangsa.

“Peringkat awal ini kita tidak tahu rumah mana yang perlu berpindah dan menunggu pihak bencana negeri periksa.

Presiden Penggerak Belia Selangor (PeBS) Muhammad Akmal Abdul Halim. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Setakat ini tiada perancangan tetapi jika perlu kita bersedia dan akan selaraskan bantuan dengan menghantar pasukan,” katanya kepada SelangorKini.

Terdahulu, PeBS dengan kekuatan 15 sukarelawan menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 24 unit rumah yang terlibat dalam kejadian tanah runtuh di Kemensah Heights.

Pada Januari lalu, Penggerak Belia Tempatan (PeBT) telah dijenamakan semula kepada PeBS yang memainkan peranan sebagai ejen penggerak agenda pembangunan belia di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kerajaan Negeri menubuhkan PeBT pada 2009 bertujuan untuk melahirkan kepimpinan generasi muda berwibawa serta dapat menjadi ejen perubahan kepada golongan belia di Selangor.


Pengarang :