Kerja pembaikan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam telah siap dilaksanakan pada 24 September 2021. Foto Facebook Air Selangor
AGENSISELANGOR

Pemulihan bekalan air enam seksyen capai tahap 82.5 peratus

SHAH ALAM, 24 SEPT: Pemulihan bekalan air di enam kawasan yang terjejas berikutan paip pecah di Persiaran Perusahaan, Seksyen 23,  mencapai tahap 82.5 peratus setakat jam 10 pagi ini, maklum Air Selangor.

Menerusi kenayataan di Facebook, Air Selangor menyarankan pengguna yang telah mendapat bekalan air untuk membiarkan pili air mengalir sehingga jernih sebelum digunakan.

Pengguna yang telah mendapat bekalan air akan menggunakan air secara berhemat bagi memastikan proses pemulihan di kawasan yang masih terjejas berjalan lancar.

Enam kawasan terjejas termasuk Seksyen 18, Seksyen 19, Seksyen 20, Seksyen 23, Seksyen 24 dan Seksyen 25.

Terdahulu Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja pembaikan paip pecah itu siap dilaksanakan jam 6 pagi.

Susulan itu, bekalan air di enam kawasan yang terjejas mula disalur secara berperingkat mulai jam 6.15 pagi tadi.


Pengarang :