Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) yang akan menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara di Dewan Rakyat pada 27 Sept 2020. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

RMK12: RM400 bilion diperuntuk biayai projek sambungan, baharu

SHAH ALAM, 27 SEPT: Kerajaan akan memperuntuk RM400 bilion untuk membiayai projek sambungan dan projek baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan pembangunan akan lebih ditumpukan kepada projek sambungan apabila ekonomi semakin kukuh tahun depan.

“Pandemik Covid-19 telah menjejaskan kedudukan kewangan sehingga defisit fiskal melebar kepada 6.2 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) pada 2020.

“Insya-Allah, kita menjangkakan kedudukan kewangan kerajaan akan bertambah baik pada tahun 2023 apabila ekonomi semakin kukuh,” katanya ketika membentangkan RMK12 di Parlimen hari ini.

Beliau menambah pihaknya banyak menerima cadangan daripada orang ramai, ahli parlimen dan kerajaan negeri untuk menangani krisis kesihatan dan ekonomi.

Namun, katanya, kerajaan terpaksa mengehadkan projek pembangunan pada tahun lalu dan tahun ini kerana mempunyai keperluan yang lebih besar iaitu melindungi nyawa dan kehidupan.


Pengarang :