Seorang sukarelawan (kiri) membantu orang ramai yang hadir tanpa janji temu untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) mega Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam pada 7 Ogos 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor kekal paras 2,000, kes Covid-19 di Sarawak melonjak kepada 5,291

SHAH ALAM, 12 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor menurun sedikit kepada 2,347 kes hari ini berbanding 2,416 semalam, menurut angka ketua pengarah kesihatan.

Selangor kembali semula ke paras 2,000 semalam selepas merekodkan 3,595 kes pada Jumaat.

Data dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook menunjukkan Sarawak mencatat jangkitan tertinggi dengan lonjakan ke paras 5,291 kes berbanding 3,743 semalam.

Tiada perubahan ketara dengan jumlah jangkitan dalam negara yang menurun beberapa ratus kepada 19,198 berbanding 19,550 kes semalam.

Johor turut kekal di paras 2,000 dengan mencatat 2,110 kes berbanding 2,282 semalam.

Lima negeri merekodkan paras 1,000 kes didahului Sabah dengan 1,717, diikuti Kelantan (1,435), Pulau Pinang (1,309), Kedah (1,256) dan Perak (1,118).

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Terengganu – 930
Pahang – 584
Kuala Lumpur – 376
Melaka – 340
Negeri Sembilan – 283

Perlis – 67
Putrajaya – 32
Labuan – 3


Pengarang :