Petugas kesihatan sedang mengekstrak sampel dihantar ke pusat itu daripada aktiviti saringan Covid-19 dilakukan pejabat kesihatan daerah bagi mengesahkan status kes wabak, makmal pusat itu mampu memproses sehingga 5,000 sampel sehari di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Shah Alam pada 1 Julai 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Selangor kembali ke paras 3,000 kes selepas empat hari lebih 2,000

SHAH ALAM, 10 SEPT: Jangkitan baharu Covid-19 di Selangor kembali ke paras 3,000 selepas empat hari mencatat kes lebih 2,000.

Ketua pengarah kesihatan memaklumkan, negeri itu mencatat 3,595 kes, menaik sebanyak 895 berbanding 2,700 kes semalam.

Selangor catat kes pada paras 2,000 empat hari berturut sejak Isnin dengan 2,126 kes, 2,107 (Selasa), 2,989 (Rabu) dan 2,700 pada semalam.

Mengikut infografik dikongsi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Facebook,  Sarawak mencatat  jangkitan harian paling banyak iaitu 3,734 kes, diikuti Johor 2,297 dan Sabah 2,246.

Berikut pecahan kes bagi negeri dan wilayah lain:

Pulau Pinang – 1,939
Kedah – 1,808
Perak – 1,366
Kelantan – 1,254

Pahang – 853
Terengganu – 776
Melaka – 485
Kuala Lumpur – 467
Negeri Sembilan – 252

Perlis – 77
Putrajaya – 21
Labuan – 6


Pengarang :