Petugas DOC2US, Nilda Azreen (hadapan) dan Siti Zareen mengangkat kotak berisi alat perubatan yang digunakan untuk menyuntik peserta sempena penutupan program Vaksin Selangor (Selvax) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 3 September 2021. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Selgate Healthcare tawar pembelian vaksin untuk tingkat angka suntikan

PETALING JAYA, 4 SEPT: Selgate Healthcare menawarkan pembelian vaksin kepada hospital, klinik dan farmasi swasta seluruh negara bagi meningkatkan pengambilan suntikan dalam kalangan rakyat.

Ketua Pegawai Operasinya Tengku Iesta Tengku Alaudin berkata penjualan dibuat anak syarikat Kerajaan Negeri bermula minggu lalu melalui Farmasi Selcare dengan kos serendah RM260 untuk dua dos lengkap.

Tengku Iesta Tengku Alaudin. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

“Tawaran (pembelian) telah dibuka kepada pihak berkaitan untuk beli secara terus vaksin Sinovac daripada Selgate Healthcare.

“Sejak dijalankan minggu lepas, program ini mendapat sambutan yang baik dan setakat ini sudah menerima pembelian secara pinjaman dari Kerajaan Pulau Pinang,” katanya kepada Selangorkini semalam.

Beliau ditemui selepas merasmikan penutupan pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall di sini yang menjadi lokasi penganjuran program Vaksin Selangor (Selvax) sejak 26 Jun lalu.

Tempahan boleh dibuat melalui emel [email protected] atau hubungi talian 1-800-22-6600 dan WhatsApp (019-6661767/013-446 0366).


Pengarang :