MPSepang menyerahkan bantuan kepada penduduk daerah Sepang yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Foto Facebook Majlis Perbandaran Sepang
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Talian MPSepang bantu 920 individu terjejas akibat pandemik

SHAH ALAM, 7 SEPT: Talian MPSepang membantu seramai 920 individu terjejas akibat pandemik Covid-19 sejak dilancar pada 2 Ogos lalu.

Majlis Perbandaran Sepang (MPS) menerusi Facebooknya memaklumkan mereka diberi bantuan makanan seperti keperluan asas makanan, susu bayi dan wang tunai.

Jelas MPS, pihaknya menerima sebanyak 972 panggilan dalam tempoh sama sebelum ditutup Jumaat lalu.

Antara permohonan diterima termasuk individu kehilangan punca pendapatan, pendapatan terjejas, keperluan susu bayi, kuarantin positif Covid-19, orang kelainan upaya dan warga emas yang tidak boleh bekerja.

Majlis berharap bantuan berkenaan dapat membantu mengurangkan beban masyarakat yang terkesan.

 


Pengarang :