Sukarelawan Team Selangor membantu membersihkan rumah yang terjejas dalam kejadian banjir kilat petang semalam. Foto Twitter Team Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Team Selangor bantu bersih rumah penduduk terjejas banjir kilat

SHAH ALAM, 27 SEPT: Seramai 30 sukarelawan Team Selangor membantu membersihkan 105 rumah di Batu 3 dan Padang Jawa di sini yang terjejas dalam kejadian banjir kilat petang semalam.

Pasukan itu berkata usaha terbabit meringankan beban dihadapi penduduk yang terkesan dalam bencana berkenaan.

“Jutaan terima kasih dan tahniah diucapkan kepada sukarelawan Team Selangor yang telah menyahut seruan pada hari ini.

“Moga usaha ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban penduduk terjejas,” katanya di Twitter hari ini.

Petang semalam beberapa kawasan sekitar bandar raya Shah Alam dilanda banjir kilat susulan hujan lebat yang berlarutan selama beberapa jam.


Pengarang :