Siti Fitrina Sukerman ketika ditemui pada Program Vaksin Selangor (Selvax) bergerak di Dewan Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 26 September 2021. Program Selvax bergerak dijalankan sejak 12 September bagi memastikan tiada rakyat negeri ini tercicir daripada menerima suntikan pelalian. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
SELANGOR

Walau hanya duduk dirumah, OKU tetap ambil vaksin Covid-19

KLANG, 26 SEPT: Mahu adakan perjumpaan keluarga dengan selamat mendorong seorang wanita membawa kakaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) cacat penglihatan mengambil vaksin Covid-19.

Siti Fitrina Sukerman, 29, berkata hanya kakaknya, Siti Maziah, 49, sahaja yang belum menerima suntikan pelalian itu daripada semua sembilan adik beradiknya.

“Mujur ada program vaksin bergerak ini, jadi hari ini saya bawa kakak daftar dan terus ambil suntikan dos pertama.

“Walaupun dia tak bekerja dan hanya duduk di rumah tapi kami tetap mahu kakak ambil vaksin supaya lebih selamat bila buat perjumpaan keluarga,” katanya ketika ditemui pada program Selangor Vaksin (Selvax) bergerak Dewan Kompleks Sukan Pandamaran di sini.

T. Sandra Suria, 37

Bagi ketua kawalan kualiti, T Sandra Suria, 37 pula, dia membawa ibunya V Yasoday, 64, mengambil vaksin bagi memastikan ibunya dilindungi walaupun hanya duduk di rumah.

“Sebagai anak kita takut sekiranya berlaku perkara tidak diingini memandangkan kami keluar masuk rumah untuk bekerja. Jadi adalah lebih baik dia juga menerima vaksin,” katanya.

Sementara itu, seorang pekerja syarikat perkapalan, Siti Fitrina Sukerman, 29, berkata dia mengambil vaksin bagi memastikan keselamatan diri di tempat kerja.

“Suntikan jadi satu keperluan kerana semua staf bekerja secara berkumpulan, saya hadir bersama 13 rakan lain dan kini semua orang di tempat kerja kami telah divaksin,” katanya.


Pengarang :