EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail bersama penerima pemilik rumah SelangorKu Iris Fasa 1C, Taman Bunga Raya, Serendah, Hulu Selangor pada 7 Oktober 2021. Foto : Facebook Rodziah Ismail
EXCOSELANGOR

101 Rumah Selangorku Taman Bunga Raya sedia diduduki

SHAH ALAM, 8 OKT: Sebanyak 101 unit rumah teres dua tingkat Iris Fasa 1C di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung siap dibina dan sedia diduduki.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail berkata projek Rumah Selangorku jenis D itu dijual pada harga RM250,000 dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

“Saya yakin dengan tawaran harga mampu milik dilengkapi empat bilik tidur, tiga bilik mandi dan pelbagai kemudahan lengkap mampu menjamin keharmonian penduduk di sini.

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail menyerahkan replika kunci kepada pemilik kediaman rumah SelangorKu Iris Fasa 1C, Taman Bunga Raya, Serendah, Hulu Selangor pada 7 Oktober 2021. Foto : Facebook Rodziah Ismail

“Kita lihat ramai mengeluh dan sukar untuk memiliki kediaman sendiri tetapi Kerajaan Negeri sentiasa berusaha memastikan rakyat terutama golongan B40 (berpendapatan rendah) dapat beli rumah pada harga mampu milik,” katanya.

Menurut Rodziah beliau turut memuji kesungguhan pemaju MK Land menyahut usaha Kerajaan Negeri dalam menyediakan rumah mampu milik kepada golongan B40 dan M40.

“Dengan kredibiliti MK Land, Kerajaan Selangor yakin dan percaya lebih banyak rumah mampu milik dibina pada masa akan datang.

“Kita jangka sebanyak 970 unit Rumah Selangorku akan dibina lagi bagi fasa tiga sehingga enam,” katanya.


Pengarang :