AGENDABERITA UTAMANASIONAL

105 lori tangki, 18 pili awam mudahkan pengguna peroleh bekalan air

SHAH ALAM, 8 OKT: Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menggerakkan 105 lori tangki ke 998 kawasan bagi memudahkan orang ramai memperoleh bekalan susulan kerja penyelenggaraan loji rawatan air Sungai Selangor Fasa 1.

Turut menyediakan 18 pili awam demi kemudahan pengguna, Air Selangor menggalakkan penduduk lokasi terlibat menyimpan bekalan secukupnya antara 13 hingga 16 Oktober.

Empat stesen pengisian air setempat juga dibuka kepada pelanggan komersial untuk membeli bekalan. Bayaran boleh dibuat di kaunter khidmat pelanggan Air Selangor.

Bekalan pulih dijangka sepenuhnya jam 9 malam pada 16 Oktober bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna serta tekanan pada sistem agihan.

Senarai lengkap kawasan terlibat, pili air awam dan stesen pengisian air setempat boleh didapati di laman pautan hentitugas.airselangor.com

Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagran dan Twitter atau hubungi agensi itu di talian 15300.

Sebarang pertanyaan dan aduan boleh diajukan di Pusat Bantuan di lawaman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor.


Pengarang :